ALHAMDULILLAH . KEJAYAAN MILIK KAMI .
Saturday, July 20, 2013 | 7:30 AM | 0 comments
Assalamualaikum :) Sudah lama rasanya I tak update blog kan ? maklumlah busy memanjang . :D
Actually I berjuang untuk sekolah bersama KBMK yang lain . Alhamdulillah segala usaha kami membuahkan hasil . Kerana apa ? kerana kami berjaya menjadi Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2013 . Sebenarnya peristiwa ini berlaku pada 4 Julai yang lalu , tetap saya baru berkesempatan untuk menaip dan memuat naik ke dalam blog ini pada hari ini . Itu pun setelah buang sifat kemalasan untuk menekan kekunci pada laptop ni . Kalau tak memang tak lah nak on laptop ni .
Perasaan apabila bergelar Johan itu amat gembira , tetapi kita tidak boleh terlalu bergembira dengan kejayaan ini kerana Allah memberi kita nikmat ini bukan untuk berbangga-bangga tetapi untuk menguji kita sama ada kita berbangga atau bersyukur atas pemberianNya . Perjalanan sebelum sampai ke Peringkat Kebangsaan amatlah sukar , namun setelah dikuatkan iman , ditabahkan hati , kekuatan mental & fizikal amat perlu untuk kita melakukan sesuatu perkara . Mungkin orang lain tidak berpuas hati dengan kejayaan kami , namun tidak mengapa , rezeki ini Allah yang beri . Jika bertanding hanya untuk membalas dendam , maka apa yang kamu usahakan tidak membuahkan hasil kerana apa niat kamu tidak tulus . Prinsip kami pasukan bahas SMKSS amatlah mudah 'Menang Bukan Tujuan , Kalah Bukan Pilihan' . Kami lakukan apa yang terbaik , redha dengan takdir Illahi dan syukur ke hadrat Illahi , DIA beri kemenangan dan nikmat yang cukup membuat kami berasa gembira dan yang pastinya kami berjaya mengharumkan nama sekolah dan nama Negeri Selangor di dunia perbahasan seluruh negara .
Setelah segala pertempuran yang kami hadapi di peringkat Zon,Daerah dan Negeri akhirnya kami berjaya melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan dan membawa kami ke negeri bumi kenyalang Sibu , Sarawak .
Berikut adalah kronologi pertandingan sepanjang pusingan awal sehinggalah pusingan akhir peringkat kebangsaan pada tahun ini :
Awal : Aktiviti Kesukarelawan Meningkatkan Integriti Belia.
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Anis Shakinah (Selangor)
Suku Akhir : Globalisasi Membentuk Remaja Kreatif & Kritis.
Kerajaan : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
Pembangkang : SMK Seri Serdang, Selangor
Keputusan : Usul ditolak.
Pembahas Terbaik : Ahmad Safiuddin (Selangor)
Separuh Akhir : Inovasi Melonjakkan Kemakmuran Negara.
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK Sg. Kob, Kulim, Kedah
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Anis Shakinah (Selangor)
Pertandingan Akhir : Pendidikan Vokasional Dimulakan Pada Peringkat Sekolah Rendah
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Ahmad Safiuddin (Selangor)
Alhamdulillah . Terima kasih tidak terhingga kepada Abang Harmi yang sentiasa mendorong kami sehingga kami berjaya menjadi yang terbaik seperti ini . Tanpa beliau kami tidak akan menjadi seperti hari ini . Jasa beliau kami akan kenang pada hari ini , esok , lusa dan sampai bila-bila . Begitu juga dengan Cikgu Su dan Cikta yang sentiasa mengiringi dan menjaga kebajikan kami sepanjang latihan bahas dari dahulu hinggan kini , terima kasih juga kepada barisan pentadbir yang sanggup datang ke Sibu untuk memberi sokongan dan dorongan kepada kami , tidak terlupa juga kepada guru-2 dan warga SMKSS . Terima kasih juga kepada sesiapa yang turut mendoakan kejayaan pasukan bahas SMKSS .
yeahh sebenarnya banyak lagi gambar tapi malas nak masukkan . hahaha okay . lain kali kita update lagi . okay byeee Assalamualaikum :D

















